Shahrul. Powered by Blogger.

PENGENALAN KEPADA KAWALAN ANGKA (NC) DAN MESIN KAWALAN BERANGKA (CNC)

APA ITU NUMERICAL CONTROL (NC)


Mula diperkenal pada tahun 1952 oleh tentera udara amerika pada jenisVacume Tube’. Kaedah pengendalian yang menggunakan ‘tape reader’. Kod yang dinyatakan dalam bentuk nomber, huruf abjad dan simbol. Mesin NC tidak mempunyai sebarang memori, biasanya dikeluarkan dan disimpan melalui punch tape



Contoh mesin kawalan angka (NC)


APA ITU COMPUTER NUMERICAL CONTROL (CNC) 

'Computer Numerical Control' adalah sistem dimana maklumat yang dibekalkan samada secara 'tape' atau sebagainya hanya sekali sahaja. Sistem kawalan mesin akan menyimpan data tersebut dalam memori dan proses pemesinan boleh diulangi dengan hanya memanggil program tersebut dalam memori mesin.

  Contoh mesin kawalan berangka (CNC)

KONSEP CNC
Mesin ini mempunyai unit kawalan mesin (MCU) ‘soft wired’, iaitu semua fungsi bagi mesin adalah di kod kan dalam computer atau mikropemproses. Aturcara komponen boleh disediakan di tempat lain oleh pengaturcara. Aturcara dan fungsinya tidak akan hilang walaupun mesin diberhentikan operasinya. Semua data program selamat disimpan di dalam ROM (Read Only Memory).

Kaedah penggunaannya

Terdapat 3 kaedah, iaitu:
1.Kaedah manual.
2.Kaedah offline data transmissions.
3.Kaedah tranfer (DNC).
 
             Kaedah manual 
             Cara adalah dengan menggunakan tangan untuk memasukan data/ program. Dengan panel kawalan program, sistem kawalan memasukkan secara langsung di mesin. Dengan ini jika terdapat kemungkinan pada program ia boleh diubahsuai  secara terus pada control panel. 
              Kaedah data transmissions
              Dengan kaedah ini program tidak ditulis dengan mengunakan kaedah tangan. Ianya dimasukan dengan menggunakan samada punch tape atau disk.
              Kaedah transfer (DNC) 
              Direct numerical control (DNC) adalah kaedah memasukan program yang telah siap dibuat pada CAD/CAM  dengan menggunakan cabel terus ke mesin. Kaedah ini mudah dan banyak digunakan di industri.
 
JENIS-JENIS MESIN KAWLAN BERANGKA 
Terdapat 5 jenis mesin cnc iaitu:
1. CNC Milling.
2. CNC Turning.
3. CNC EDM Wire Cut.
4. CNC EDM Diesingker.
5. CNC Grinding.
 
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN CNC
 
Kelebihan
A. Masa yang diperlukan adalah singkat.
B. Pengurangan pekerja/ operator.
C. Mengurangkan pembaziran (scrap).
D. Ketepatan bendakerja.
E. Menjimatkan masa penggunaan mesin.
F. Kos pemeriksaan dapat dikurangkan. 
   
 Kekurangan
A. Kos permulaan adalah lebih tinggi.
B. Memerlukan pekerja yang terlatih untuk tujuan penyelenggaran. 
C. Ruang persekitaran yang baik.
 
KELEBIHAN CNC BERBANDING NC
I. Ia lebih flexible kerana pembaikan boleh dibuat ke atas program tanpa perlu menukar tape.
II. Ia boleh mengesan kesilapan dalam program sebelum memulakan operasi pemesinan.
III. Menjimatkan masa kerana program boleh dibuat terus ke mesin.
IV. Adanya paparan grafik sebelum melakukan operasi pemesinan.


 
 
 
.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment